fbpx

Kerajaan mahu gambaran sebenar situasi rakyat rangka Bajet 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Shahar (tiga dari kiri) bersama sebahagian alumni GPMS dan Pewaris Terengganu pada sesi libat urus sempena Jelajah Bajet 2023 di Kuala Terengganu malam tadi.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Kewangan tidak mahu menerima input bersifat ‘kosmetik’ yang tidak memberi gambaran sebenar situasi dan kehendak rakyat semata-mata menjaga hati kerajaan dalam siri libat urus Bajet 2023.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, kerajaan mengharapkan pembentangan Bajet 2023 kali ini bersandarkan realiti semasa agar bajet tersebut bersifat kondusif dan memahami denyut nadi rakyat.

“Kita sangat terbuka menerima semua pandangan pelbagai pihak sebagai asas intipati pembentangan Bajet 2023 akan datang kerana mahu ia bersifat dinamik demi pemulihan ekonomi Malaysia yang lebih baik untuk tahun depan.

“Walaupun banyak cadangan dan pandangan kritikal dilontarkan dalam sepanjang sesi libat urus Bajet 2023 yang sedang berlangsung, ia sangat dialu-alukan,” katanya di sini malam tadi.

Terdahulu beliau ditemui pada Sesi Libat Urus Bersama Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pertubuhan Warisan Pendidikan Negeri Terengganu (Pewaris) sempena Jelajah Bajet 2023.

Terengganu merupakan negeri ketiga yang dikunjungi Kementerian Kewangan untuk sesi libat urus itu selepas Johor dan Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI