fbpx
Badaruddin Mohamed di Mahkamah Sesyen di Butterworth di sini hari ini. - FOTO: SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Pensyarah, adik salah guna kuasa dijel tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM807,475 ke atas seorang pensyarah dan adik lelakinya selepas didapati bersalah atas sembilan tuduhan salah guna kedudukan pada 2012.

Hakim Zulhazmi Abdullah membuat keputusan itu terhadap Prof. Badaruddin Mohamed, 56, dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Mustafa Kamal, 50, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan mereka dipenjara sebulan hingga enam bulan jika gagal membayar denda.

Peguam Shamsul Sulaiman mengemukakan rayuan untuk pihaknya memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan dan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM8,000.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menyerahkan pasport dan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan sehingga kes rayuan selesai.

Pada Oktober 2018, Badaruddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas sembilan pertuduhan salah guna kuasa dan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan meluluskan syarikat milik adik kandungnya, MK Urusniaga (M) Sdn. Bhd. membekalkan barangan bagi jabatan tempat dia bekerja.

Ia membabitkan pembelian barangan seperti kamera dan barangan pejabat yang keseluruhannya bernilai RM160,163.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Komunikasi Strategik dan Sustainable Tourism Research Cluster, USM di George Town dekat sini pada September 2011 hingga November 2012. KOSMO! ONLINE

POPULAR