fbpx
SELEPAS pernah melancarkan tujuh buah lagu, Mafarikha meletakkan segunung harapan agar Angin mampu membawanya ke taraf yang lebih tinggi.

Mafarikha berhalusinasi cipta Angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP pengkarya ada cara tersendiri untuk mendapat ilham dan penyanyi Mafarikha tidak terkecuali.

Dia mengakui mempunyai metode bagi mencetuskan idea segar untuk penghasilan lagunya.

Caranya, Mafarikha hanya perlu berhalusinasi atau memaksimumkan khayalannya sehingga tercetusnya ilham penghasilan lagu baharu, sekali gus menjadi single ketujuhnya berjudul Angin.

Cerita penyanyi itu, idea lagu berkenaan timbul ketika menyusuri perjalanan di sebuah lebuh raya berulang-alik dari Cheras, Selangor ke Cyberjaya bagi memenuhi tuntutan pengajiannya di Multimedia University, Cyberjaya lapan tahun lalu.

Perjalanan panjang dan adakalanya agak sepi yang dilalui, menenggelamkan Mafarikha dalam emosi memandangkan pada waktu itu, dia langsung tidak memasang radio memandu.

“Lagu ini tiada kaitan dengan hidup saya pun. Saya suka berhalusinasi, memikirkan pengalaman orang lain dan mencipta senario yang dialami orang selain pengalaman diri sendiri.

“Sejujurnya, lagu ini langsung tidak ada makna tertentu dalam hidup saya.

“Saya sekadar mahu mencipta sebuah lagu yang disukai, untuk pendengar,” jelasnya.

PEMILIK Luncai Emas, Datuk M. Nasir mengakui, Angin mempunyai potensi tinggi untuk mengangkat nama Mafarikha ke tahap lebih tinggi.

Istimewa

Berbanding kesemua lagu terdahulunya, Angin yang menjalani proses rakaman pada awal tahun lalu memiliki kelainan istimewa buat Mafarikha.

Manakan tidak, ini merupakan kali pertama dia mengambil bahagian dalam proses pembikinan lagu dari awal hingga akhir.

“Prosesnya berbeza kali ini. Untuk lagu sebelum ini, saya menggunakan khidmat penulis lain dan sekadar menyanyikan apa yang telah ditulis.

“Kali ini, saya turut menyertai proses pembikinan dari awal sampai akhir. Saya jugalah yang menulis lagu dan lirik selain bertukar pendapat bersama pasukan jika ada yang perlu diubah serta mesej yang ingin disampaikan,” kongsinya.

Lagu terbitan Luncai Emas Sdn. Bhd. berkenaan mendapat gubahan dan disempurnakan oleh penyanyi dan pemain gitar kumpulan Ramayan, Pi’e Nasir dan Faliq Mohd. atau FLQ yang bertindak selaku penerbit.

Turut menyumbangkan tenaga adalah jurubunyi Mohd. Akmar Soffian, penerbit eksekutif Mohamed Ilham dan pengurus projek, Rahman Saharddin.

Angin kini boleh dilayari menerusi YouTube dan platform penstriman seperti Spotify, JOOX, Deezer dan iTunes.

SELEPAS melancarkan lagu ‘remake’ Kabut Serangkai Mawar dendangan asal Zaiton Sameon, kini Mafarikha meneruskan langkah menghasilkan sebuah lagu original.

POPULAR