PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan ribut petir membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 3 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Kedah (Langkawi, Sik dan Baling), Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.
“Hujan lebat turut diramal berlaku Kelantan (Jeli) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron),” lapor MetMalaysia.
“Selain itu, kawasan yang dijangka terjejas adalah Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang) serta Johor (Kota Tinggi dan Johor Bahru),” kata kenyataan itu hari ini.
Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Miri (Miri).
Bagi Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna).
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE













