fbpx

JMKM diperluas ke 600 DUN hingga 31 Disember depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) diperluas di semua 600 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 13 Parlimen di Wilayah Persekutuan bagi tempoh 15 Ogos sehingga 31 Disember ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, JMKM dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM80 juta dengan setiap kawasan DUN akan diberikan agihan secara sama rata iaitu RM25,000 sebulan.

JMKM dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi setiap DUN.

“Peruntukan ini digunakan untuk memberi diskaun kepada barangan keperluan terpilih seperti ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula, minyak masak, tepung gandum, beras dan sayur-sayuran serta buah-buahan.

“Selain barangan keperluan harian, premis juga digalakkan untuk memberi diskaun sehingga 20 peratus daripada harga pasaran setempat,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurutnya, pelaksanaan itu dilihat sebagai satu usaha kerajaan membantu ahli Keluarga Malaysia dalam meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

“KPDNHEP akan melaksanakan JMKM di tiga negeri iaitu Sarawak, Terengganu dan Johor merangkumi 170 DUN bermula hari ini.

“Orang ramai boleh mendapatkan informasi terkini pelaksanaan JMKM di lokasi terpilih melalui Facebook rasmi Jualan Murah Keluarga Malaysia atau laman rasmi kementerian dan KPDNHEP negeri terbabit,” katanya.

Semua peniaga juga diseru untuk terus berperanan dalam mengawal inflasi dengan tidak mencatut dan tidak menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa alasan yang munasabah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI