fbpx
Yusuf (kiri) memberi penerangan kepada Mohd. Ali di Balai Syed Sheikh Al-Hadi, Bastion House di sini, hari ini.

Seni khat Yusuf Liu BaoJun dipamerkan di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Pengunjung di negeri ini berpeluang melihat lebih 300 pameran seni khat oleh seniman China terkenal, Yusuf Liu BaoJun pada pameran khas, Sejarah Cina Muslim Melaka dan Seni Khat di Balai Syed Sheikh Al-Hadi, Bastion House di sini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, pameran yang berlangsung selama tiga bulan sehingga Oktober ini melibatkan pelbagai barang artifak khat peninggalan budaya Dinasti Ming pada abad ke-15.

Katanya, selain tulisan pada kertas, seni khat juga dipertontonkan menerusi ukiran-ukiran yang dibuat pada artifak seramik, pasu, syiling purba dan kayu.

“Kita ingin memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat kekayaan, kewarganegaraan dan ciri-ciri serantau tamadun Islam yang begitu harmoni menerusi perpaduan dibina suatu ketika dahulu.

“Seni khat ini juga saya kira keistimewaanya semakin dilupakan, jadi kita bawakan pameran ini yang merupakan hasil seni seorang seniman China terkenal Yusuf Liu BaoJun,”katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian Pameran dan Pelancaran Buku Seni Khat dan Sejarah Cina Muslim Melaka.

Majlis itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Mengulas lanjut beliau berkata, setiap artifak dipamerkan mengandungi tulisan arab yang menyebut tentang agama Islam seperti kalimah syahadah dan rukun iman.

Tambahnya, bagi koleksi duit syiling dan mata wang kuno, pengunjung bakal melihat kaligrafi arab termasuk pada duit syiling dari Kashgar; Yunnan; Dihua di Xinjiang pada abad ke-17 sehingga sekitar tahun 1915.

Katanya, pihaknya menyasarkan seramai 20,000 pengunjung akan mengambil peluang melihat kekayaan karya seni Cina Muslim tersebut. – KOSMO! ONLINE

POPULAR