fbpx
Menarik apabila televisyen kini juga sebahagian daripada dekorasi rumah estetik.

TV atau kertas dinding, lukisan, bingkai gambar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELEVISYEN kini bukan lagi sekadar skrin untuk menonton filem atau drama. Ia telah berkembang menjadi elemen gaya hidup moden yang menggabungkan teknologi, seni dan dekorasi dalam satu pakej premium.

Sehubungan dengan itu, LG Electronics sekali lagi tampil dengan pendekatan berbeza dalam dunia televisyen premium menerusi pelancaran siri LG Art TV 2026 yang menggabungkan teknologi paparan moden dengan elemen seni dan reka bentuk dalaman.

Menurut perkongsian dari pihak LG Electronics, barisan produk ini terdiri daripada LG OLED evo AI W6 Wallpaper TV, OLED evo AI G6 dan LG Gallery TV AI yang bukan sahaja berfungsi sebagai televisyen, malah menjadi sebahagian daripada dekorasi rumah.

“Dalam era kediaman moden yang semakin menitikberatkan estetika, LG berjaya memperkenalkan konsep televisyen yang tidak lagi kelihatan seperti peranti elektronik biasa.

“Apa yang paling menarik perhatian ialah bagaimana setiap model direka mengikut konsep ruang berbeza. LG Wallpaper TV misalnya tampil dengan profil ultra nipis sekitar 9mm yang membuatkan seolah-olah melekap seperti kertas dinding,” katanya menerusi satu kenyataan.

LG Art TV 2026 menggabungkan teknologi paparan moden dengan elemen seni dan reka bentuk dalaman.

Tambahnya, rekaan minimalis ini memberikan pengalaman visual yang kemas tanpa gangguan kabel berselirat kerana turut menyokong sambungan True Wireless.

Pendekatan ini menjadikan ruang tamu kelihatan lebih eksklusif dan moden, terutama bagi pengguna yang mahukan suasana rumah ala galeri seni kontemporari.

Bagi model OLED evo G6 pula, LG mengetengahkan konsep ‘flush-fit Gallery design’ yang membolehkan televisyen dipasang rapat ke dinding.

Hasilnya, TV tersebut tampak menyatu dengan ruang sekeliling tanpa meninggalkan jurang ketara seperti kebanyakan televisyen biasa. Ia sesuai untuk pengguna yang gemarkan dekorasi minimalis tetapi masih mahu menikmati pengalaman hiburan premium.

Sementara itu, LG Gallery TV membawa idea lebih artistik dengan bingkai tambahan yang menjadikannya kelihatan seperti lukisan tergantung di dinding.

Ketika tidak digunakan untuk menonton, ia berubah menjadi karya seni digital yang hidup.

“Dari aspek paparan, LG sememangnya tidak mengecewakan. Teknologi OLED kendiri yang digunakan membolehkan warna hitam dipaparkan dengan lebih pekat menerusi fungsi Perfect Black, sekali gus meningkatkan kontras dan kedalaman imej.

“Teknologi Perfect Color pula memastikan warna kelihatan tepat dan semula jadi. Ketika mencuba paparan karya seni digital dan fotografi landskap, hasil visualnya benar-benar menyerlah dengan tona yang kaya serta tekstur yang jelas,” tambah kenyataan itu lagi.

Katanya lagi, teknologi tersebut memberikan pengalaman hampir menyerupai melihat karya sebenar di galeri.

LG turut memperkenalkan Hyper Radiant Color Technology yang dipacu cip pemproses 11 AI Processor Gen3.

Teknologi ini membantu meningkatkan tahap kecerahan tanpa mengorbankan ketepatan warna. Dalam keadaan pencahayaan terang sekalipun, paparan masih kelihatan jelas dan konsisten.

Ini sangat penting bagi pengguna yang meletakkan televisyen berhampiran tingkap atau di ruang tamu yang menerima cahaya semula jadi pada waktu siang.

“Satu lagi ciri menarik ialah Reflection Free Premium yang mengurangkan pantulan cahaya pada skrin.

“Ketika menonton pada waktu siang, gangguan silau dapat diminimumkan dan imej kekal jelas. Bagi Gallery TV, LG turut mendapatkan input daripada kurator muzium untuk memastikan pengalaman visual lebih menyerupai karya seni sebenar yang dipamerkan di galeri profesional,” ujarnya.

Selain aspek reka bentuk dan paparan, LG Gallery+ menjadi nilai tambah utama dalam ekosistem Art TV ini.

Platform tersebut menyediakan akses kepada lebih 5,000 karya seni terpilih daripada institusi budaya terkenal dunia.

Pengguna juga boleh memaparkan gambar peribadi atau menghasilkan imej menggunakan teknologi AI.

Fungsi ini menjadikan televisyen bukan sekadar alat hiburan, tetapi medium ekspresi kreatif dalam kediaman.

LG Art TV 2026 turut mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti iF Design Award dan Red Dot Design Award, sekali gus menjadikan LG berjaya meletakkan penanda aras baharu dalam kategori televisyen mewah yang berorientasikan seni dan reka bentuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN