fbpx
Sudut unik jubin yang dihias indah berkonsep flora dan fauna bakal menyuntik idea kepada pengunjung untuk mengabadikan kemasan tersebut di kediaman, premis perniagaan atau pejabat.

The Feruni Atelier sudut inspirasi unik buat pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Syarikat jubin premium, Feruni Ceramiche melakar sejarah dengan pelancaran The Feruni Atelier, sebuah galeri seni berkonsep kontemporari dalam usaha mengangkat martabat jubin yang melampaui fungsinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Fe­runi, Datuk C.C. Ngei berkata, Feruni Atelier memperlihatkan komitmen syarikat dalam pelbagai sudut termasuk mengubah ruang bagi memberi inspirasi kepada pengunjung.

Menurut beliau, ruang seni ini yang direka dengan teliti bukan sekadar memaparkan permukaan jubin tetapi mampu membawa pengalaman yang bermakna bagi menyuntik ekspresi artistik dan reka bentuk.

“Setiap perincian dalam ruang luas serta imersif ini direka dengan teliti bagi merangsang deria penglihatan, bunyi serta persepsi ruang sepanjang perjalanan.

“The Feruni Atelier terungkap melalui siri segmen terpilih iaitu masing-masing dengan pengalaman ruang tersendiri yang membawa pengunjung menyelami koleksi dengan lebih mendalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ngei menambah, teras utama The Feruni Atelier adalah per­sembahan kuasa transformasi seni di mana jubin berfungsi se­bagai peneman kepada pe­nga­laman yang menjadi tunjang per­jalanan pengunjung sambil mem­benarkan seni, penceritaan dan pengalaman ruang mengambil tempat utama.

Kata beliau, Feruni mengu­bah jubin menjadi pengalaman seakan galeri seni yang diperhalusi, di mana seni mengikut inspirasi.

Menurutnya, bermula de­ngan The Theatre, ia segmen mu­­kadimah kepada pengalaman imersif yang bakal didedahkan di dalamnya dan disusuli segmen Seni Mentransformasi Budaya yang mempersembahkan kola­borasi antara Feruni dan Farah Mohan dari Novak Batik.

“Segmen Seni Mentransformasi Masyarakat pula adalah ko­laborasi kreatif antara Feruni dan Loka Made untuk merakam in­tipati Malaysia melalui pence­ritaan visual.

“Sementara segmen Seni Men­transformasi Reputasi pula pu­la adalah kolaborasi antara Stu­dio Feruni dengan jenama an­­tarabangsa terkemuka dan seg­men Seni

Mentransformasi Per­niagaan pula menawarkan pe­­ngalaman strategik di mana se­ni, keindahan, dan inspirasi men­cipta nilai, mencetuskan emosi dan meninggalkan kesan yang mendalam,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN