fbpx

Rain pun turun ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIN

PEMINAT penyanyi popular Korea Selatan, Rain akhirnya berpeluang menyaksikan persembahan artis pujaan mereka itu secara percuma dalam sebuah konsert Betadia Night yang bakal berlangsung pada 27 Ogos depan.

Konsert yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu turut menawarkan satu peraduan secara atas talian.

Menariknya pemenang bakal memenangi tiket percuma menyaksikan idola mereka itu.

Kali terakhir Rain datang ke Malaysia mengadakan konsert adalah sekitar lima tahun lalu.

Dalam persembahan kali ini, dua artis tempatan iaitu Andrew Tan dan Jes Lee juga turut sama berkongsi pentas.

Andrew merupakan penyanyi yang mula menceburi bidang seni sejak 2006 selepas memenangi pertandingan Astro Talent Quest di Malaysia dan TVB International Chinese New Talent Singing Championship di Hong Kong.

Manakala Jess Lee pula juara dalam pertandingan nyanyian One Million Star musim ketujuh dan berjaya sebelum melebarkan sayap kerjaya di Taiwan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI