fbpx

64 calon STPM Terengganu perolehi PGNK 4.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (belakang, enam dari kanan) bersama sebahagian pelajar cemerlang STPM Terengganu di SMK Sultan Ismail, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Terengganu mencatat keputusan cemerlang bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.03.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Azman Othman berkata, PNGK tersebut mengatasi PNGK Kebangsaan iaitu 2.79.

Beliau berkata, tambah manis, seramai 64 daripada 2,142 calon memperolehi keputusan semua A penuh dengan PNGK 4.0.

“Ia peningkatan memberangsangkan berbanding hanya 55 calon yang memperoleh semua A penuh pada tahun lalu.

“Pencapaian calon luar bandar amat membanggakan apabila mencatatkan PNGK 3.09 berbanding 2.96 oleh calon bandar,” katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2021 peringkat Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, di sini hari ini.

Azman berkata, sebanyak 27 daripada 45 buah sekolah di Terengganu cemerlang dengan mencapai sekurang-kurangnya PNGK 3.00.

“Sekolah Menengah Agama (SMA) Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu mencatat PNGK 3.52 diikuti SMA Maarif, Besut (3.39); SMK Durian Mas, Dungun (3.34) dan SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman (3.33),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI