fbpx
Tangkap layar video tular bukanlah membabitkan pelajar sekolah yang melintas, sebaliknya pekerja kedai makan berdekatan kilometer 23.5, berhampiran Masjid Kariah Batu 17, petang tadi.

Video tular bukan pelajar sekolah dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Kemalangan yang tular di media sosial ketika ini tidak membabitkan pelajar sekolah yang melintas, sebaliknya pekerja kedai makan berdekatan kilometer 23.5, berhampiran Masjid Kariah Batu 17, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, berdasarkan siasatan kemalangan kira-kira pukul 1.30 petang itu membabitkan pekerja kedai makan warganegara Indonesia berusia 44 tahun yang cuai melintas jalan kemudian berlanggar dengan penunggang motosikal yang bergerak terus.

Menurutnya, kedua-dua mangsa iaitu pejalan kaki dan penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 24 tahun yang bekerja sebagai penghantar barangan mengalami kecederaan ringan.

“Tiada pelajar sekolah yang terlibat dalam kemalangan in,” katanya hari ini.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 10 saat memaparkan seorang perempuan teragak-agak ketika melintas jalan sehingga berlakunya kemalangan. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR