fbpx

Kanak-kanak warga Perancis maut disengat ubur-ubur Pulau Pangkor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LUMUT – Seorang kanak-kanak lelaki warga Perancis maut akibat terkena sengatan ubur-ubur ketika mandi di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, kanak-kanak berusia lima tahun itu dan keluarganya pergi ke pantai tersebut untuk mandi setelah mendaftar di sebuah hotel di pulau peranginan itu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata kira-kira 30 minit kemudian kanak-kanak tersebut tiba-tiba menjerit kesakitan.

“Orang awam yang ada berhampiran dengan kanak-kanak itu telah datang dan membawa mangsa ke tepi pantai dan mendapati dia telah terkena sengatan ubur-ubur.

“Semasa mangsa dibawa naik ke darat, keadaannya mula tidak sedarkan diri dan keluarga mangsa telah membawa dia ke Klinik Kesihatan Pangkor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kanak-kanak itu kemudian disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Wad Kecemasan Klinik Kesihatan Pangkor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI