fbpx

3,429 kes Covid-19, 10 kematian dicatatkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 3,429 kes semalam termasuk enam kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,703,401 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 4,882 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,664,570 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 40,741 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah negatif 1,426 kes.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,082 diikuti Kuala Lumpur (676), Sabah (273), Negeri Sembilan (221), Perak (212), Sarawak (159), Melaka (151), Johor (129), Kedah (123) dan Kelantan (113).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Pulau Pinang (94), Pahang (70), Putrajaya (54), Labuan (12) dan Perlis (5),” kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 10 kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,102.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,672 setakat ini.

Sebanyak 39,062 kes dikuarantin di rumah, 32 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,563 kes di hospital, 26 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 58 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI