fbpx

Polis lengkapkan kertas siasatan perhimpunan ‘Protes Mana LCS’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi (dua dari kiri) selepas menandatangani MOA bersama YaPEIM di IPK KL hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis akan segera melengkapkan kertas siasatan berhubung perhimpunan ‘Protes Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS) di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berkaitan perhimpunan itu mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Sebaik sahaja siasatan lengkap, kita akan merujuk kertas siasatan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika selepas menghadiri majlis Sehari bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi lslam Malaysia (YaPEIM) di lbu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan seramai 13 orang individu termasuk penganjur, ahli poltik dan mahasiswa yang dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan ‘Protes Mana LCS’ akan dipanggil untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Dalam perkembangan berasingan, Azmi berkata, pihaknya telah memeterai Memorandum Perjanjian (MOA) dengan YaPEIM dalam mengukuhkan hubungan dua hala.

“MOA yang dimeterai ini bersifat kerjasama pintar yang memberi pengkhususan dalam mengumpul dan mengagihkan dana yang diterima pihak YaPEIM melalui Skim Infaq Gaji disumbang warga Polis Kuala Lumpur,” ujarnya.

Beliau berkata, kerjasama selama lima tahun itu dapat memberi manfaat kepada warga Polis Kuala Lumpur.

“YaPEIM turut menyerahkan sumbangan kepada 16 keluarga warga Polis Kuala Lumpur menenerusi program Inspirasi Prihatin YaPEIM dan Sinar Kasih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI