fbpx
Piring hitam The Freewheelin' Bob Dylan berharga RM155,540 menjadikannya piring hitam termahal di dunia

Piring hitam Bob Dylan berharga RM155,540, termahal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA- Album penyanyi terkenal, Bob Dylan yang direkod melalui piring hitam pada 1963 berjudul The Freewheelin’ Bob Dylan mencatat rekod tertinggi jualan apabila mencatat harga jualan USD$35,000 (RM155,540)

Menurut laman sosial Facebook Kliq News, album tersebut menjadi yang termahal apabila berlaku perubahan lagu pada album kedua Dylan itu sebelum ia diterbitkan pada 1963.

Dalam rekod tersebut, empat lagu telah digantikan dengan lagu-lagu yang baru dirakam tetapi entah macam mana, pekerja di kilang pencetakan rekod terlibat telah tersilap menggunakan rekod master lama itu tadi dan mencetak beberapa salinan.

Sejak dari itu, hanya beberapa salinan rekod ‘rare’ itu diketahui wujud di seluruh dunia. Dikatakan sebagai rekod paling bernilai di dunia, satu salinan mint rekod itu pernah dijual pada harga RM155,540.

Sementara itu, album piring hitam kumpulan rock, The Beatles berjudul White Album pada 1968 yang diterbitkan dengan semua nombor salinannya tidak dikeluarkan sama pernah dijual juga pada harga RM155,540.

Dikatakan piring hitam itu menyaksikan ahli-ahli kumpulan The Beatles dan eksekutif-eksekutif di studio telah diberikan salinan yang mana, salinan itu dicop dengan nombor-nombor siri bermula dengan A00000 diikuti dengan urutan nombor seterusnya (A0000001, A0000002 dan seterusnya).

“Salinan pertama yang dibeli pada 2013 oleh pemilik label rakaman, Clifford J. Yamasaki dari seorang eksekutif di Capitol Records pada harga USD$35,000.

“Setahun selepas itu, salinan dengan nombor siri A0000023 dijual dalam satu sesi bidaan pada harga USD$13,750. Keberangkalian untuk kita memiliki album ini dengan siri nombor rendah adalah hampir mustahil,” jelas Kliq News. – KOSMO! ONLINE

POPULAR