fbpx
Lihatlah keindahan botol air mineral Bling yang bersinar dengan kilauan kristal.

5 air mineral termahal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AIR merupakan sumber yang penting bagi tubuh badan manusia untuk terus hidup dan berfungsi dengan baik.

Manusia hanya mampu bertahan hidup antara tiga hingga lima hari jika tiada air untuk diminum.

Air mineral antara sumber yang biasa kita ambil sebagai minuman dan lazimnya dijual dengan harga yang murah di pasaran. Adakalanya dibeli secara borong, botol-botol air mineral juga sering menjadi elemen sedekah.

Namun begitu, sebenarnya ada air mineral yang dijual di dunia pada harga yang begitu tinggi di pasaran dan pengeluarannya turut menggabungkan sentuhan kreatif dengan bahan mewah untuk menjadikan ia sesuatu yang berharga.

Panorama menyenaraikan lima jenama air paling mahal di dunia berdasarkan sumber daripada FinancesOnline.

1. Beverly Hills 9OH20 Luxy Collection Diamond Edition (RM469,000 sebotol)

Mendahului senarai jenama air yang paling mahal sehingga 2024 ialah Beverly Hills 9OH20 Luxy Collection Diamond Edition.

Malah, pengeluarnya Beverly Hills sentiasa mengatakan jenama minuman mereka ialah ‘champagne air’ kerana rasa airnya yang hebat dan diperoleh dari mata air gunung California Utara.

Untuk air edisi ini yang berharga AS$100,000 (RM469,000), ia diperoleh daripada pergunungan Sierra Nevada yang kaya dengan mineral, kalium dan kalsium.

Botol Luxy Collection Diamond Edition juga direka oleh tukang emas Mario Padilla dengan menampilkan penutup emas putih bertatahkan emas 14 karat dan dihiasi lebih 250 berlian hitam dan putih.

2. Acqua di Cristallo Tributo a Modigliani (RM281,000 sebotol)

Botol air ini adalah buatan tangan yang diperbuat daripada emas 24 karat serta 5mg debu emas.

Ia merupakan karya seni artis Itali iaitu Amedeo Clemente Modigliani.

Air yang terkandung dalam botol ini adalah gabungan air glasier dari Iceland dan mata air semula jadi dari Perancis dan Kepulauan Fiji.

AIR mineral Acqua merupakan air mineral kedua termahal di dunia.

3. Bling H2O’s The Ten Thousand (RM12,600 sebotol)

Bling adalah lambang jenama yang hampir 100 peratus memberi fokus kepada botol dan hampir tiada tumpuan pada air itu sendiri.

Botol air itu bahkan diperbuat daripada kristal Swarovski.

Sumber untuk air bagi jenama ini adalah daripada mata air Tennessee yang kemudian mereka menapis dengan sembilan cara yang berbeza.

Malah, mereka turut menyenaraikan mata air di San Diego County di California sebagai sumber kepada air tersebut.

4. Kona Nigari (RM1,800 sebotol)

Sumber air ini diambil dari 2,000 kaki (609 meter) di bawah permukaan Lautan Pasifik Hawaii.

Air laut dalam ini dinyahgalian dan dikatakan membawa banyak manfaat kesihatan kepada pengguna kerana kualiti istimewa yang terkandung di dalamnya.

5. Filico (RM1,200 sebotol)

Fillico menawarkan salah satu air mineral semula jadi yang terbaik di dunia dari kawasan pergunungan Rokko di Kobe, Jepun.

Ia salah satu sumber air yang paling berharga dan Jepun diberkati dengan air yang bersih serta kaya dengan mineral kerana tanahnya yang keras dan iklim bermusim yang berbeza.

Malah, kawasan sumber air ini turut dilindungi daripada sebarang pembangunan perindustrian atau pertanian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN