fbpx

Rajinikanth bintang filem India nombor 2 termahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJINIKANTH

BINTANG filem Tamil terkenal, Rajinikanth berada dalam carta teratas pelakon dengan bayaran tertinggi di India.

Bagi penerbitan sesebuah naskhah mega, bayaran untuknya sahaja boleh mencecah sehingga RM117.8 juta.

Pemilik nama penuh Shivaji Rao Gaikwad itu masih popular walau sudah lima dekad menghiasi pawagam.

Filem terbaharu lakonannya, Jailer memperoleh pulangan lumayan iaitu RM336.7 juta, sekali gus menjadi satu-satunya hero filem Tamil yang berjaya mencecah kutipan filem melebihi RM281 juta.

Menurut laporan Forbes India, Rajinikanth merupakan aktor dengan bayaran tertinggi kedua di India selepas Shah Rukh Khan yang meminta kadar RM167 juta bagi sesebuah filem.

Rajinikanth, 75, juga memiliki beberapa aset serta deretan kenderaan mewah termasuk Rolls Royce Ghost, Rolls Royce Phantom, Lamborghini Urus, Bentley Limousine, BMW X5 dan Mercedes-Benz G Wagon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI