fbpx

Aliff Syukri dikata menipu, guna gambar pil lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pendedahan yang menyatakan gambar tersebut adalah gambar lama.

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri kembali menggegarkan Malaysia semalam apabila mengakui sedang mengalami masalah mental tahap dua.

Usahawan yang terkenal dengan ‘tagline’ terlajak laris itu juga turut berkongi gambar menunjukkan pil yang kononnya dia ingin mati dengan tenang dan beriman.

Namun pemilik akaun Twitter @NaufalAntezem mendedahkan gambar pil yang dimuat naik oleh Aliff Syukri itu merupakan gambar lama miliknya yang pernah dikongsi pada tahun 2020 lalu.

“Itu ke gambar pil yang Aliff Syukri upload (muat naik)? Kalau betul, aku boleh pastikan yang dia tengah bodohkan satu Malaysia. Itu gambar ubat-ubat yang aku muat naik tahun 2020,” jelas pemilik akaun itu.

Tambah Naufal lagi, dia marah bukan sebab gambarnya digunakan oleh Aliff Syukri namun, disebabkan usahawan itu dilihat sengaja memainkan isu kesihatan seperti ini.

“Memang aku marah, bukan sebab dia ‘rembat’ gambar aku tapi sebab tiada hati perut memain-mainkan benda (mental) ini,” tambahnya.

Rata-rata orang ramai juga turut bersetuju dengan lakonan murahan yang telah dilakukan oleh jutawan kosmetik itu dan ada juga yang turut memberi nasihat agar terus berubah.

“Nak kata banyak tidak guna, cuma saya nak minta Aliff Syukri ini insaf dan sudah-sudahlah jadi biol,” jelas Jo Rahman.

“Cukup sudah datuk, dah teruk sangat dah drama ini. Tapi hairan ada juga lagi yang mental seperti dia yang percaya dengan lakonan macam ni,” kata Ahmad Faizul. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI