fbpx

Tarikh akhir jemaah haji tinggalkan Mekah 13 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musim haji bagi tahun 2022 bermula 7 hingga 12 Julai lalu menyaksikan sejuta jemaah dijemput ke Tanah Suci Mekah. - The Balkantime Press

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi menetapkan bahawa tarikh akhir bagi jemaah haji dari seluruh dunia tahun ini untuk meninggalkan Tanah Suci Mekah  adalah pada Sabtu,13 Ogos 2022 lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Kementerian Haji dan Umrah berkata, syarikat-syarikat Tawafah yang menyediakan perkhidmatan kepada jemaah haji di luar negara perlu mematuhi jadual pelepasan jemaah yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Syarikat-syarikat juga perlu memastikan prosedur perjalanan jemaah haji yang datang ke Arab Saudi disempurnakan mengikut perancangan operasi yang dilaksanakan sepanjang musim haji 2022.

Arab Saudi sekali lagi menekankan kepada semua syarikat yang  kepentingan supaya mematuhi tarikh pelepasan keluar jemaah haji bagi memberi ruang kepada kumpulan umrah yang telah bermula pada 30 Julai lalu.

Kementerian itu memaklumkan bahawa semua jemaah umrah yang masih berada dalam negara mesti menyemak butiran pengangkutan dan penginapan mereka daripada syarikat yang mengatur perjalanan mereka. 

Seramai satu juta orang Islam  yang telah menerima vaksinasi lengkap termasuk 850,000 jemaah dari luar Arab Saudi dibenarkan mengerjakan haji pada tahun ini. Angka tersebut adalah peningkatan mendadak selepas dua tahun bilangan jemaah dihadkan berikutan penularan global Covid-19.

Sepanjang musim haji 2022, Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah menyediakan sebanyak 23 hospital dan 147 pusat kesihatan di Mekah dan Madinah sebagai kemudahan kepada jemaah haji domestik dan luar negara.

Ini termasuk menyediakan lebih 1,000 buah katil untuk pesakit yang memerlukan penjagaan intensif  dan lebih 200 katil kepada pesakit strok haba. Kerajaan Arab Saudi juga mengerahkan lebih 25,000 pekerja kesihatan sebagai persediaan untuk sebarang kes kesihatan. – Agensi/AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI