fbpx

Pesawat nyaris langgar kepala orang ramai semasa mendarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai berkumpul di laluan landasan di Lapangan Terbang Skiathos Alexandros Papadiamantis. - Twitter/@ErinGC2002

ATHENS – Sebuah pesawat komersial meluncur cuma beberapa meter di atas kepala orang ramai semasa melakukan pendaratan di Pulau Skiathos, Greece, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Orang ramai yang terdiri daripada peminat kapal terbang, terkejut melihat pesawat milik penerbangan Wizz Air itu terbang begitu rendah di atas kepala mereka dan hampir melanggar pagar lapangan terbang.

Bentuk muka bumi Pulau Skiathos menyebabkan landasan di Lapangan Terbang Skiathos Alexandros Papadiamantis dibina sangat pendek sehingga juruterbang terpaksa menerbangkan pesawat pada ketinggian sangat rendah untuk mendarat. 

Ini menyebabkan lokasi itu menjadi tempat popular untuk melihat pesawat dengan orang ramai cuba merakam gambar pada jarak dekat.

Terdapat papan tanda amaran melarang mereka berbuat demikian. Mereka yang berada di lokasi tersebut berbuat demikian atas risiko sendiri.

Bagaimanapun, orang ramai yang berada di lokasi kejadian terkejut apabila kejadian itu berlaku. Rakaman kejadian dimuat naik di laman perkongsian video YouTube.

Seorang pelawat segera bereda daripada laluan ketika pesawat berkenaan menghampirinya dengan bunyi enjin lantang kedengaran.

Topi seorang diterbangkan oleh angin pesawat, manakala penonton lain ditolak oleh angin kuat yang dihasilkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI