fbpx

Mahkamah: Permohonan Clare adalah pramatang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Clare Rewcastle-Brown

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengatakan, permohonan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang ingin mengemukakan persoalan undang-undang di Mahkamah Persekutuan berkaitan pertuduhan fitnah jenayah terhadapnya mengikut perlembagaan adalah bersifat pramatang.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata ini kerana pemindahan kes Clare daripada mahkamah Majistret Kuala Terengganu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan jenayah itu “masih dalam transit” dan perkara itu perlu diputuskan terlebih dahulu.

“Mahkamah belum memutuskan sama ada untuk membenarkan kes terhadap pemohon dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Oleh itu, saya mengarahkan agar permohonan pemindahan itu didengar dan diputuskan terlebih dahulu,” katanya.

Untuk rekod persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Clare ialah sama ada Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan adalah mengikut perlembagaan dan boleh dikuatkuasakan dalam prosiding jenayah.

Jika kedua-dua seksyen itu tidak boleh dibawa selaras dengan Perlembagaan di bawah Perkara 162(1), maka  mahkamah diberi kuasa untuk  memansuhkan peruntukan tersebut.

Pada 23 September 2021, Clare yang berasal dari United Kingdom itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan memfitnah Sultanah Nur Zahirah melalui buku The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Pada Mac lalu, media melaporkan Clare memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini memohon merujuk dua persoalan kepada Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84(1) dan (2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (‘CJA 1964).

Pada 21 November 2018, Sultanah Nur Zahirah telah memfailkan saman fitnah terhadap Clare, penerbit buku tersebut, Gerakbudaya Enterprise, Chong Ton Sin dan pencetak Vinlin Press Sdn. Bhd. selaku defendan pertama hingga ketiga.

Baginda menuntut ganti rugi am RM100 juta daripada setiap defendan dan memohon perintah terhadap defendan kedua (penerbit) menarik balik buku itu yang mengandungi kenyataan fitnah dan terhadap defendan ketiga supaya berhenti mencetak buku itu seterusnya.

Dalam perbicaraan kes saman sivil yang dibicarakan secara dalam talian pada 1 Ogos lalu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam, Americk Singh Sidhu, Tuanku Nur Zahirah bertitah bahawa Baginda tidak faham kerana namanya disebut oleh Clare dengan mengaitkannya dengan Jho Low.

Sultanah Nur Zahirah juga menyatakan Baginda tidak pernah masuk campur hal-hal berkaitan dengan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu atau (TIA).

Sementara Clare selaku defendan yang memberi keterangan melalui sidang video dari London berkata ia adalah kesilapan yang jujur ​​di pihaknya ketika menulis petikan itu pada 2018 yang mana dia ada membaca ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau  Jho Low, menyebut bagaimana dia mengenali Sultan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI