fbpx
Pihak produksi teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGLM) menegaskan tiada elemen pilih kasih dalam proses pemilihan pelakon untuk setiap watak.

‘Tiada pilih kasih, peserta dinilai oleh juri profesional’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pihak produksi teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGLM) menegaskan tiada elemen pilih kasih dalam proses pemilihan pelakon untuk setiap watak.

Menjawab dakwaan segelintir pihak mengenai berlaku ketirisan dalam pemilihan pelakon, setiap peserta telah menjalani sesi uji bakat dan dipilih berdasarkan pelbagai aspek.

“Kami ingin tegaskan bahawa tiada pilih kasih atau favoritisme dalam proses ini.

“Semua peserta dinilai secara adil oleh juri profesional berdasarkan pelbagai aspek,” katanya dalam satu komen balas terhadap seorang pengguna Threads.

Menurutnya lagi, setiap karakter mempunyai kekuatan tersendiri dalam membawa pementasan yang dijangka berlangsung pada Oktober depan.

“Watak-watak PGL juga membawa harapan dan ekspektasi yang sangat besar, jadi setiap keputusan dibuat dengan penuh teliti serta tanggungjawab.

“Kami amat menghargai usaha setiap individu yang hadir ke sesi uji bakat,” katanya lagi.

Difahamkan, dakwaan ketidaktelusan dalam pemilihan pelakon tercetus selepas Mila Mohsin yang juga anak kepada Puan Seri Tiara Jacquelina terpilih memegang watak PGL.

Hari ini, pihak produksi mengumumkan pelakon, Aqasha bakal memegang peranan sebagai Hang Tuah di samping dua PGL iaitu Aisha Retno dan Mila.

Sementara Sultan Melaka pula disandang Luqman Hafidz dan Yusuf Hashim pula memegang peranan sebagai Gusti Adipati.

Mimi Fly dan Nadia Aqilah pula diumumkan sebagai Bayan bagi pementasan kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN