fbpx

Pemilik stesen minyak ditahan seleweng diesel bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mitsubishi Pajero dilengkapi tangki tambahan yang disyaki digunakan untuk kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi di Kangar, semalam.

KANGAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis mematahkan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi di sebuah stesen minyak sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 7 pagi itu, KPDNHEP menahan dua lelaki termasuk pemilik stesen minyak serta merampas 406 liter diesel, kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dan dua tangki tambahan dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM52,372.

Pengarah KPDNHEP negeri, Norazah Jaapar berkata, kejayaan itu hasil risikan anggota penguat kuasa sejak beberapa minggu lalu.

“Ketika serbuan dilakukan di stesen minyak tersebut, terdapat sebuah Mitsubishi Pajero bernombor pendaftaran tempatan sedang mengisi minyak diesel bersubsidi ke dalam kenderaan tersebut.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kenderaan itu telah diubah suai dengan dilengkapi dua unit tangki tambahan mengandungi diesel bersubsidi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati wujud transaksi pembelian diesel secara tunai kepada stesen minyak tersebut.

Tambahnya, pihaknya bertindak menahan seorang lelaki warga tempatan berusia lewat 40-an yang merupakan pemandu kenderaan selain pemilik stesen minyak berkenaan.

“Stesen minyak itu juga diarah tutup bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI