fbpx

3 penjenayah ditahan pecah masuk bengkel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas ketika penahanan ketiga-tiga suspek.

AMPANG – Sebuah bengkel kereta kerugian kira-kira RM30,000 selepas dipecah masuk tiga lelaki dalam kejadian di Jalan AWF, Ampang Waterfront pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian disedari pekerja di bengkel berkenaan selepas mendapati pejabat tersebut berada dalam keadaan berselerak dan tingkap telah diumpil.

“Menurut pengadu, kira-kira pukul 7.50 pagi, pekerja mendapati pejabat di bengkel terbabit telah dipecah masuk dan berada dalam keadaan berselerak.

“Pelbagai barangan pejabat telah hilang seperti komputer, televisyen, televisyen litar tertutup (CCTV), dekoder dan alat kawalan jauh kereta yang dianggarkan bernilai RM30,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, susulan kejadian, pihaknya melakukan dua serbuan di sekitar Shah Alam semalam.

“Serbuan terbabit telah membawa kepada penahanan tiga lelaki tempatan berusia 32 tahun. Semakan mendapati, dua suspek memiliki sembilan rekod jenayah manakala seorang lagi tidak memiliki rekod.

“Polis percaya dengan penahanan suspek, berjaya menyelesaikan empat kes pecah kedai dalam daerah Ampang Jaya, Subang, Sungai Buloh dan Alor Gajah, Melaka,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah atau premis dengan melakukan pencerobohan dalam bangunan bagi tujuan melakukan curi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI