fbpx

Runsing taman dimasuki gajah sejak 10 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira tujuh ekor gajah yang ditemui masuk kawasan perumahan di Taman Sri Impian, Kluang baru-baru ini.

KLUANG – Kelibat kumpulan gajah yang masuk ke kawasan perumahan di Taman Sri Impian dekat sini bukan perkara baharu tetapi telah berlaku sejak 10 tahun lalu berlaku.

Sebelum ini, kehadiran binatang yang lebih sinonim dengan gelaran sebagai ‘Orang Kuat’ oleh orang taman perumahan itu untuk mendapatkan makanan yang ditanam penduduk di sekitar tanah kosong di tepi hutan Gunung Lambak.

Kini mamalia berkenaan sudah berani untuk datang lebih dekat sehingga memasuki kawasan kediaman penduduk semata-mata untuk mendapatkan makanan kegemaran yang dita­nam.

Penduduk perumahan fasa 3, Mohd. Hakim Zulkifli, 55, berkata, walaupun sudah lama berlaku dan sudah beberapa kali dimajukan kepada pihak berkaitan namun sehingga kini hanya pemantauan serta menghalau binatang berkenaan sahaja dilakukan.

Katanya, tindakan ini langsung tidak memberi kesan ke­rana haiwan itu akan datang semula dalam tempoh tidak sampai sebulan.

“Jika sebelum ini kemasukan gajah ke kawasan penempatan ini jarang-jarang berlaku, namun ia lebih kerap sejak akhir-akhir ini sehingga mencetuskan rasa bimbang penduduk taman.

“Walaupun belum ada kes melibatkan serangan ke atas penduduk, namun dibimbangi ada antara mereka mengambil tindakan salah untuk halau binatang berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk yang menghuni fasa Impiana Kopketa (Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad), Abdullah Mohammad, 61, berkata, pernah berlaku gajah yang ma­suk ke taman perumahan ber­kenaan merayau sehingga ke kawasan kedai dan taman tasik di kawasan penempatan itu.

“Jangan sampai adanya berlaku kematian sama ada di pihak orang ramai atau pun binatang berkenaan baru ada tindakan yang ingin dilakukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI