fbpx

Provokasi cetus pergaduhan antara penyokong Kelantan FC, Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara provokasi yang didakwa dimulakan oleh penyokong Perak FC

KOTA BHARU – Perlawanan Liga Premier antara Kelantan FC menentang Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV petang tadi dicemari dengan insiden pergaduhan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan.

Kejadian dipercayai bermula apabila sekumpulan penyokong pasukan pelawat melakukan provokasi terhadap sekelompok penyokong tuan rumah pada penghujung perlawanan.

Insiden berkenaan telah membawa kepada situasi berbalas balingan objek sehingga memaksa penyokong-penyokong Perak FC memasuki kawasan padang perlawanan dan berkumpul di hadapan pintu gol.

Keadaan tidak terhenti di situ apabila, penyokong skuad The Bos Gaurus dilihat meraikan kemenangan mereka di atas padang sambil sesetengahnya terus melakukan provokasi ke arah penyokong Kelantan FC.

Suasana bertambah kecoh apabila penyokong Kelantan FC berkumpul di luar stadium sehingga memaksa pihak keselamatan bersama pasukan polis menahan penyokong-penyokong Perak di dalam kawasan stadium.

Sehingga pukul 8.30 malam ini, penyokong Perak FC dipercayai masih terperangkap di dalam stadium kerana penyokong Kelantan FC mengepung kawasan stadium sehingga menutup laluan keluar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI