fbpx

Berang ditegur, lelaki tetak kepala warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kepala lelaki warga emas yang ditetak menggunakan sebilah parang ekoran menegur jirannya. FOTO IHSAN POLIS.

KOTA KINABALU – Seorang lelaki ditahan selepas dia menetak warga emas ekoran berang kerana ditegur dalam kejadian di Kampung Lok Kurai Selanggan, Pulau Gaya, di sini, semalam.

Bagaimanapun, mangsa yang juga lelaki berusia 73 tahun terselamat dan mengalami kecederaan di kepala dalam kejadian pukul 11 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 45 tahun terbabit tidak bekerja dan seorang penagih dadah.

“Suspek ketika kejadian dikatakan mengganggu penduduk dengan membaling batu serta kayu ke rumah-rumah penduduk di kawasan kampung tanpa sebab.

“Mangsa kemudiannya cuba menegur perbuatan suspek itu dan tindakan mangsa itu dipercayai mengakibatkan suspek berang sebelum balik ke rumah untuk mengambil sebilah parang.

“Suspek kemudiannya dikatakan datang semula dan menetak kepala mangsa sehingga luka,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI