fbpx

Dera autisme: Polis tunggu arahan pejabat DPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK autisme berusia 6 tahun disyaki menjadi mangsa dera sebuah pusat terapi berbayar di Skudai, Johor Bahru, 30 Julai lalu.

KOTA TINGGI – Kertas siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak autisme yang disyaki didera di sebuah pusat terapi berbayar di Skudai, Johor Bahru, sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan pejabat itu untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, siasatan kes itu selesai selepas pihaknya menerima laporan daripada pakar perubatan awam berhubung kecederaan kanak-kanak itu yang dilihat penting bagi mengesahkan sama ada kecederaan kanak-kanak berusia enam tahun itu akibat didera atau faktor lain.

“Kita sudah merujuk kertas siasatan kes itu untuk mendapatkan arahan dan nasihat lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Pertandingan Menembak Polis Johior bersama Media Johor sempena Peringatan Hari Polis di Ladang REM di sini, hari ini.

Pada 30 Julai lalu, seorang ibu melaporkan kekesalan apabila anak istimewanya yang dihantar untuk menjalani terapi, disyaki didera ahli terapi di sebuah pusat terapi, sejak awal tahun ini.

Suri rumah, Nik Huzaiwati Husin, 33, dilaporkan berkata, dia menghantar anak sulungnya, Tuan Muhammad Uwais Abrisam, 6, yang didiagnosis mild autism untuk mendapatkan rawatan di pusat terbabit sejak November 2019.

Nik Huzaiwati mendakwa anaknya yang mesra dipanggil Abrisam sudah beberapa kali cedera tetapi setiap kali meminta penjelasan dari pihak terapi, memaklumkan kecederaan disebabkan aktiviti terapi.

Nik Huzaiwati turut membuat perkongsian di laman sosial facebooknya menggunakan akaun Cik Puan Zetty.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI