fbpx

Penganggur dihukum penjara lima tahun bawa senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, di sini, hari ini membawa senjata berbahaya di Taman Perumahan Polis IPD Tampin pada Mac tahun lalu. - NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, di sini, hari ini membawa senjata berbahaya di Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tampin pada Mac tahun lalu.

Tertuduh, B Vimel, 26, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, pada 25 Mac 2021 kira-kira pukul 11.30 malam di perkarangan Taman Perumahan Polis IPD Tampin telah didapati memiliki sebilah pisau berhulu warna coklat ukuran panjang kira-kira 24 sentimeter (cm) di tempat awam.

Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala, tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Hafiz Leman.

Muhammad Hafiz dalam rayuan bagi pihak tertuduh menyatakan tertuduh menjaga nenek yang sakit berusia 75 tahun dan pisau tidak digunakan untuk keganasan, selain tertuduh memberi kerjasama kepada polis dalam siasatan.

Bagaimanapun Amirul dalam hujahan balasannya menyatakan tertuduh memiliki senjata tersebut tanpa maksud yang sah.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI