fbpx

Mahkamah: Ahmad Zahid gagal dapat injunksi interim terhadap Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah injunksi interim bagi menghalang Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan meminta bantuan untuk menyelesaikan atau menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rozana Ali Yusof membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan perintah injunksi interim tersebut.

Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili Presiden UMNO itu ketika dihubungi media berkata mahkamah menolak permohonan atas alasan isu yang dibangkitkan seperti sama ada kenyataan Muhyiddin (defendan) berunsur fitnah atau tidak mesti diputuskan dalam perbicaraan.

Justeru mahkamah telah menetapkan 3 Oktober ini untuk pengurusan kes.

“Selepas mendengar hujahan pihak-pihak, Mahkamah menolak permohonan injunksi tersebuat atas alasan isu-isu yang ditimbulkan merupakan perkara-perkara yang lebih wajar didengar dan diputuskan melalui perbicaraan.

“Antara isu yang yang dibangkitkan adalah sama ada kenyataan yang dibuat defendan (Muhyiddin) adalah fitnah atau sebaliknya. Mahkamah menolak permohonan injunksi tersebut dengan kos RM5,000,”katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI