fbpx

Remaja lelaki ditahan disyaki pecah tabung surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja berusia 13 tahun antara dua lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pecah tabung derma di sebuah surau sekitar Taman Keramat Permai, di sini pada 28 Julai lalu.

AMPANG – Seorang remaja berusia 13 tahun antara dua lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pecah tabung derma di sebuah surau sekitar Taman Keramat Permai, di sini pada 28 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 68 tahun mendakwa tabung surau di ruang solat wanita telah tertanggal dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM30.

“Susulan itu, polis menahan dua suspek berusia 13 dan 21 tahun itu semalam di tepi jalan sekitar Tasek Tambahan semalam.

“Salah seorang suspek masih bersekolah di Seri Kembangan, Selangor manakala suspek seorang lagi tidak bekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda dengan nombor pendaftaran palsu dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Kedua-dua individu berkenaan dipercayai mensasarkan tabung duit derma dalam surau.

“Suspek akan direman hari ini di Mahkamah Ampang mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI