fbpx

Kerjasama mempertingkatkan penyertaan kebun komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halimah (kiri) melakukan gimik perasmian Laman Agro-Food Florikultur Miracle Garden pada Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini. -GAMBAR: FARIZ RUSADIO

SERDANG – Kementerian Perpaduan Negara bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan bekerjasama menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mempertingkatkan lagi penyertaan program kebun komuniti terutama di bandar.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, menerusi kerjasama itu, ia akan melibatkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) terutama di bandar mengambil bahagian untuk penanaman sayur-sayuran.

“Pada masa ini, kira-kira 8,330 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara dan kita mahu wujudkan program yang mana bahagian KRT boleh mengambil bahagian.

“MAFI mempunyai peruntukan kira-kira RM30 juta dan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara juga berbincang dengan kementerian tersebut berhubung peruntukan yang disediakan,” katanya pada majlis perasmian Laman Agro-Food Florikultur di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di sini hari ini.

Berhubung Laman Agro-Food Florikultur yang dirasmikan hari ini, ia berkonsepkan Miracle Garden dipenuhi kira-kira 15,000 pokok bunga menjadi tarikan pada MAHA 2022 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

Dengan keluasan 0.6 hektar, laman ini menampilkan pelbagai pokok bunga terdiri daripada genus dan spesies dengan karakter dan morfologi yang estetik dan eksotik, ditambah dengan landskap kombinasi bunga-bungaan yang unik. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI