fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub di Pahang diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca itu dijangka berlaku sehingga pukul 6 petang ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia di Facebook hari ini.

Sementara itu, bagi negeri Semenanjung yang lain, cuaca cerah dan baik dilihat berlaku sepanjang petang ini tanpa sebarang laporan hujan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI