fbpx

Bauksit: Felda tanam semula sawit, bela nasib 402 peneroka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Nasib 402 penero­ka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Bukit Goh yang hilang pendapatan akibat perlombongan bauksit kini kembali menampakkan sinar apabila Felda sedia melakukan penanaman semula atau melaksanakan alternatif lain yang boleh memberi pulangan kepada peneroka.

Menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Strategik Felda, pihaknya terbuka dengan cadangan alternatif yang boleh di­terokai jika tanam semula sawit terbukti tidak berbaloi untuk dilaksanakan berdasarkan kos pemulihan yang terlalu tinggi.

Namun, katanya, sebarang cadangan perlu diteliti dan dikaji mendalam supaya pulangan optimum diperoleh peneroka.

Berita berkaitan: Bauksit: Dilema 402 peneroka Felda Bukit Goh

“Sekiranya kumpulan pene­roka ini berhasrat melaksanakan tanam semula, Felda perlu mengkaji dan menilai se­mula kos tanam semula dan perlu mendapat persetujuan peneroka terutama melibatkan kos pemulihan tanah.

“Proses pemulihan perlu dilaksanakan kerana lapisan atas tanah telah dilombong dan perlu diganti dengan tanah bernutrien melibatkan kos tinggi serta dijangka mengambil masa lebih lama, ia perlu dilaksanakan berdasarkan keadaan terkini ladang,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Baru-baru ini Kosmo! mela­porkan 402 peneroka Felda Bukit Goh kini terumbang ambing sejak aktiviti pengeluaran bauksit dihentikan enam tahun lalu.

Susulan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah berkata, kerajaan negeri memandang serius nasib peneroka terbabit.

Ekoran itu juga, Pengerusi Pertubuhan Gagasan 2 Generasi Kuantan (G2G), Jefri Salim berkata, pembangunan lembah solar terbesar di Asia Tenggara di situ menjadi salah satu penyelesaian kerana mampu memberikan pendapatan minimum RM3,000 sebulan pada peringkat awal kepada setiap peneroka.

Berita berkaitan: Bauksit: Felda jangan ‘senyap’, bantu 402 peneroka

Sementara itu mengulas mengenai isu berkenaan, kata kenya­taan itu, ia bermula pada 2014 selepas sekumpulan peneroka Bukit Goh menandatangani perjanjian dengan pihak tertentu untuk tujuan perlombongan bauksit di ladang mereka.

Pun begitu, katanya, perjanjian tanpa melibatkan pihak Felda tersebut bagaimanapun telah dihentikan atas arahan kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI