seorang peneroka menunjukkan stok bauksit yang ditinggalkan di Felda Bukit Goh, Kuantan kelmarin.

Bauksit: Felda jangan ‘senyap’, bantu 402 peneroka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu proaktif dengan nasib yang me­nimpa kira-kira 402 peneroka Felda Bukit Goh yang tersepit selepas tidak dapat mengeluarkan bauksit serta terlibat dalam proses penanaman semula.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah berkata, kerajaan negeri memandang serius nasib peneroka yang kehilangan pendapatan sejak enam tahun lalu.

Justeru katanya, beliau berharap usaha dilakukan segera bagi membantu mereka yang terlibat perlombongan bauksit atau sebaliknya.

“Kalau Felda tidak mahu buat (tanam semula) jangan senyap sahaja, mesti buat sesuatu atau sekiranya mereka (peneroka) hendak usahakan tanah berkenaan, kerajaan perlu pertimbang supaya mereka ada pendapatan.

“Kita prihatin terhadap nasib mereka dan akan mencari jalan terbaik bagi membantu mencari solusi kepada permasalahan dihadapi” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, 402 peneroka Felda Bukit Goh kini dalam keadaan terumbang ambing sejak aktiviti pengeluaran bauksit dihentikan kira-kira enam tahun lalu, malah penanaman semula kelapa sawit di tanah itu juga tidak dapat dilakukan.

Berita berkaitan: Bauksit: Dilema 402 peneroka Felda Bukit Goh

Menurut Md. Sohaimi, pihak­nya akan bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Gagasan 2 Generasi (G2G) yang ditubuhkan bagi membela nasib peneroka termasuk melakukan perbincangan dengan pihak berkepentingan dan mencari kaedah penyelesaian.

Katanya, beliau difahamkan G2G ini sedang berbincang de­ngan pihak Felda sebelum segala cadangan berkenaan akan dibawa ke kerajaan negeri untuk tindakan lanjut khususnya me­ngenai isu status tanah.

Beliau memberitahu, sekiranya kawasan berkenaan tidak dapat lagi ditanam sawit kerana masalah tanah yang sudah tidak subur, usaha lain membangunkan kawasan itu wajar dilakukan.

Sementara itu, mengulas mengenai bayaran penanaman semula sebanyak RM41,000 yang didakwa oleh peneroka dibayar kepada Felda, beliau berkata akan membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN