fbpx
GAMBAR kenangan arwah Saripul Hizan bersama keluarga pada hari pertama Hari Raya Aldilfitri baru-baru ini sebelum dimasukkan ke hospital.

Lepaskan organ suami demi nyawa orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kami sepakat derma buah pinggang dan hati arwah demi menyelamatkan nyawa insan lain.”

Itu yang dilakukan keluarga Allahyarham Saripul Hizan Doraman, 47, dari Marang, Terengganu yang meninggal dunia pada 30 Mac lalu akibat strok.

Menurut adik ipar arwah, Nurdiana Mohd. Sabri, 40, biar­puan arwah tidak pernah mendaftar sebagai pengikrar penderma organ ketika ha­yatnya, namun aturan Allah SWT mengatasi segalanya apabila urusan pendermaan organ berjalan lancar.

Ujarnya, keputusan mulia ahli keluarga untuk mendermakan kedua-dua buah pinggang dan hati arwah disifatkan sebagai satu ‘lorong’ amal jariah agar pahala terus mengalir.

Katanya, pada mulanya keluarga mahu mendermakan buah pinggang arwah kepada isterinya, Zuhaidah Mohd Sabri, 42, yang juga merupakan pesakit kegagalan buah pinggang.

“Kakak saya memang mahu menerima buah pinggang arwah, namun disebabkan dia tidak pernah menjalani sebarang ujian saringan untuk prosedur pemindahan organ sebelum ini, hasrat itu tidak dapat dilaksanakan

“Tiada rezeki kakak saya mendapat buah pinggang arwah suaminya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Nurdiana yang juga seorang ketua jururawat di sebuah klinik kesihatan di Negeri Sembilan berkata, kedua-dua buah pinggang arwah didermakan kepada seorang pesakit di Hospital Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah prosedur pembedahan berjaya dilakukan baru-baru ini,” katanya.

Katanya, selepas itu kami mendapat tahu seorang pesakit di Hospital Selayang sedang bertarung nyawa dan memerlukan organ itu dengan segera, seluruh ahli keluarga memberikan restu untuk mendermanya.

Menceritakan detik sebelum arwah meninggal dunia, Nurdiana berkata, arwah sebelum ini sering mengadu sakit kepala sejak sebelum Ramadan, namun keputusan pemeriksaan darah tidak menunjukkan tanda-tanda dia menghidap sebarang pe­nyakit.

“Pada hari raya kedua, arwah ada bertanya lagi kenapa kepalanya sering sakit. Arwah turut mengadu pandangannya kabur.

“Pada pagi 27 Mac, arwah mula muntah-muntah dan keadaan fizikalnya menjadi tidak ber­maya sehingga terpaksa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu sebelum disahkan mengalami strok,” katanya.

Tambahnya, selepas dua kali ujian imbasan otak dilakukan, pasukan pakar bedah saraf me­nyatakan otak arwah sudah tidak dapat diselamatkan lagi akibat mati otak dan dia meninggal dunia tiga hari kemudian.

Suasana sebak menyelubungi hospital apabila kakitangan perubatan, rakan dan ahli keluarga memberikan penghormatan terakhir buat arwah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN