fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir landa 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung serta Sarawak hingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin) dan Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, seluruh Negeri Sembilan dan Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing dan Kota Tinggi),” lapor MetMalaysia.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Lubok Antu) dan Kapit (Song dan Kapit).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN