fbpx

Bangkai ikan lumba-lumba terdampar di pantai Teluk Kumbar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai seekor ikan lumba-lumba ditemui terdampar di persisir pantai Teluk Kumbar petang tadi

BALIK PULAU – Seekor ikan lumba-lumba seberat lebih dua kilogram dan sepanjang 1.8 meter ditemui terdampar di pantai Teluk Kumbar berhampiran kediaman penduduk Kampung Nelayan di sini petang tadi.

Bangkai ikan itu ditemui penduduk dan nelayan pantai dalam keadaan terapung sebelum dihanyutkan ke persisir pantai kira-kira pukul 3 petang tadi.

Seorang nelayan, Samsuar Hasshim, 43, berkata, kematian ikan lumba-lumba itu mungkin disebabkan terkena pukat tunda.

“Ikan itu ditemui dalam keadaan sudah berbau, manakala bahagian perutnya juga pecah. Mungkin sudah mati beberapa hari sebelum dihanyutkan ombak hingga ke sini.

“Ketika ini musim angin Selatan, apa-apa sampah atau bangkai ikan akan ditolak dan dibawa ke tepi pantai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! si sini sebentar tadi.

Perairan di Teluk Kumbar dikatakan menjadi antara lokasi persinggahan sekumpulan spesies dilindungi itu dan kehadirannya sering ditemui nelayan pantai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI