fbpx

Empat jejaka Mengusung Rindu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PADUAN vokal antara empat suara, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Tajul Ariff dan Zack Zakwan dalam Mengusung Rindu kedengaran seimbang dan harmoni antara satu sama lain.

TATKALA isu lagu saduran (cover song) daripada penyanyi zaman ini yang dianggap merosakkan karya-karya lama, masih ada penyanyi yang mengikut garis panduan dimahukan pendengar.

Terbaharu adalah lagu Mengusung Rindu nyanyian asal kumpulan Spin yang dipopularkan kembali oleh empat suara jejaka iaitu Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Tajul Ariff dan Zack Zakwan.

Tampil dengan versi 2022, lagu berkenaan yang dilancarkan secara rasmi menerusi saluran YouTube FMC Music pada 28 Julai lalu pantas memanjat tangga trending platform berkenaan.

Sehingga artikel ini ditulis, Mengusung Rindu menghuni tangga kedua carta trending YouTube dengan melebihi 5.4 juta jumlah tontonan.

Introduksi lagu dibuka dengan gesekan violin daripada pasukan orkestra, berbeza dengan lagu asal yang menggunakan petikan gitar dan ketukan dram sebagai mukadimah pembukaan nyanyian Allahyarham Achik.

Biarpun begitu, satu hal yang harus dipuji buat keempat-empat penyanyi itu adalah cara penyampaian lagu yang cukup membekas dalam jiwa pendengar.

Lantunan vokal yang jelas dan alunan suara mendayu serta merintih menggambarkan betapa lagu berkenaan sebuah karya patah hati yang ikonik buat penggemar lagu balada ‘tangkap leleh’.

TIDAK melakukan sebarang kerosakan, Mengusung Rindu 2022 masih mengekalkan identiti lagu asal yang disuntik elemen segar.

Seperti yang menjadi isu sejak kebelakangan ini adalah tindakan penyanyi baharu merosakkan lagu lama, tetapi sebaliknya berlaku menerusi Mengusung Rindu versi 2022.

Keempat-empat penyanyi ini bijak mengubah suai muzik mengikut kehendak pendengar tetapi masih mengekalkan elemen balada ‘leleh’ agar tidak memadam imej sebenar Mengusung Rindu.

Menyentuh tentang kredibiliti keempat-empat penyanyi itu, pemilihan mereka sememangnya tepat kerana setiap dari mereka memiliki kekuatan tersendiri.

Haqiem sudah tidak perlu dipertikai kehebatan vokalnya, sementara Tajul pula diibarat jelmaan Achik kerana persamaan suara mereka.

Afieq, sekali lagi menuai pujian menggunung kerana peminat menyukai alunan suaranya berpadu dengan genre balada mendayu seperti lagu ini.

Bagi Zack pula, biarpun agak terkebelakang dalam carta populariti berbanding Haqiem, Afieq dan Tajul, tetapi dia langsung tidak tenggelam.

Penyanyi muda membuktikan vokal dengan cukup baik dan setara dengan ketiga-tiga rakannya yang lain. Kemampuan yang mengejutkan.

Senang kata, keharmonian suara antara mereka cukup sempurna. Tiada yang cacat mahupun kurang sepanjang durasi enam minit tiga saat lagu berkumandang.

Berbalik kepada bahagian muzik yang disusun semula, Mengusung Rindu versi 2022 jauh lebih ‘meriah’ kerana menggunakan banyak instrumen berbanding lagu asalnya.

Petikan gitar masih dikekalkan demi menyuntik elemen rock balada dan berpadu dengan lantunan suara penyanyi yang gemersik.

Kata peminat, lagu dan persembahan keempat-empat penyanyi ini sangat sesuai jika dibawa sebagai pembuka tirai majlis besar seperti pentas Anugerah Juara Lagu mahupun Anugerah Bintang Popular.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI