fbpx

4 ADUN boleh jalankan tugas sehingga mahkamah buat keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KON Yeow (tengah) ketika gimik di Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pembesaran Hospital Pantai Bayan Baru, di sini hari ini. FOTO IQBAL HAMDAN.

GEORGE TOWN – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih boleh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing sehingga Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membuat keputusan mengenai saman pemula yang dibuat mereka.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selagi keputusan masih belum dibuat oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, kesemua ADUN tersebut juga boleh menerima faedah dan gaji seperti biasa.

“Selagi keputusan tidak dibuat oleh Mahkamah Tinggi, kesemua ADUN berkenaan masih boleh laksanakan tanggungjawab di kawasan masing-masing. Mereka juga akan terima faedah dan gaji seperti sedia ada sehingga mahkamah buat keputusan,” katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah projek pembesaran Hospital Pantai di Bayan Lepas, di sini hari ini.

Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau perlu meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.

Empat ADUN iaitu Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) telah memfailkan writ saman terhadap DUN Pulau Pinang dan Speakernya bagi mencabar usul yang dibentang pada Oktober 2020 agar mereka mengosongkan kerusi masing-masing dan pilihan raya kecil (PRK) diadakan.

DUN Pulau Pinang dan Speaker mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan persoalan sama ada Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak sah kerana ia tidak konsisten dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan berpersatuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI