fbpx

Mufti P. Pinang tersentuh hati hubungan Rohana, ‘Laoshi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chee Hoi Lan (kiri) sebak selepas menitipkan pesanan kepada Rohana yang akan mengikuti pengajian peringkat diploma di UTeM baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Hubungan mesra pasangan ibu dan anak angkat berbeza agama, Chee Hoi Lan, 84, atau dipanggil ‘Laoshi’ oleh anak angkatnya, Rohana Abdullah, 22, perlu dicontohi semua pihak sebagai menghayati semangat keluarga Malaysia.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, pasangan tersebut telah berjaya menonjolkan sifat mulia yang wajar diteladani oleh setiap orang.

Menurutnya, ini juga membuktikan bahawa perbezaan keturunan dan agama tidak menghalang hubungan yang baik dan mesra antara sesama manusia.

Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor

“Saya amat tersentuh membaca berita dan melihat gambar seorang mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengesat air mata kerana terpaksa berpisah dengan ibu angkat yang memeliharanya sejak kecil.

“Pada pandangan saya, hubungan yang begitu mesra di antara ibu dan anak angkat berbeza agama ini memaparkan satu situasi unik dan amat bermakna untuk dijadikan bahan renungan semua pihak sebagai menghayati semangat keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rohana merupakan antara 660 pelajar diploma daripada lima kursus ditawarkan UTeM yang mula berdaftar di Kompleks Dewan Kuliah Kampus Induk UTeM, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI