fbpx

Kilang kimia dikompaun RM310,000 gagal urus buangan terjadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kilang di Pasir Gudang, Johor dikenakan kompaun kerana tidak menguruskan bahan buangan terjadual dengan baik.

JOHOR BAHRU – Sebuah kilang kimia di kawasan perindustrian Pasir Gudang, di sini dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM310,000 kerana tidak menguruskan bahan buangan terjadual dengan baik.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan berkata, JAS cawangan Pasir Gudang mengeluarkan sebanyak 155 kompaun kepada pemilik premis susulan tinjauan yang dilakukan ke kilang berkenaan.

Pihaknya mendapati premis berkenaan gagal dalam pengendalian dan pengurusan bahan buangan terjadual dan telah melanggar Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Premis berkenaan telah diarah untuk mengambil tindakan segera dengan memastikan semua sisa buangan terjadual yang dihasilkan diurus mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Sampel buangan daripada proses kilang telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, semua premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Jelasnya, tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI