fbpx

Iran beri amaran percepat bina bom nuklear buat AS dan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iran boleh melaksanakan semula projek Emad dan membina bom atom sekiranya kemudahan Natanz diserang. – EPA

TEHRAN – Iran memberi amaran akan membina bom nuklear pada kadar segera yang berkeupayaan memusnahkan seluruh negeri New York sekiranya Amerika Syarikat (AS) melakukan ‘sebarang kesilapan bodoh’, lapor portal berita MailOnline semalam.

Seorang pakar dari Iran, Ben Sabti  menerusi kenyataan di laman Twitter berkata, saluran Telegram Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memberi amaran untuk menghasilkan bom atom bagi kegunaan peluru berpandu.

“Iran boleh melaksanakan semula projek Emad dan membina bom atom sekiranya kemudahan Natanz diserang,” demikian menurut kenyataan dalam  saluran Telegram tersebut.

Emad merupakan peluru berpandu jarak jauh milik Iran.

Bisimchi Media yang memiliki hubungan dengan IRGC,  memuat naik video pada saluran Telegram dengan tajuk bermaksud: ‘Bilakah Bom Nuklear Iran yang Sedang Tidur Akan Bangun.’

Dalam video pendek tersebut, ia mengisytiharkan bahawa  Iran akan membangunkan senjata nuklear pada kadar segera sekiranya tentera AS atau Zionis melakukan sebarang ‘kesilapan bodoh’.

Menurut stesen penyiaran Iran International, video itu mendakwa bahawa misil balistik Iran berupaya memusnahkan New York dan menjadikannya padang jarak.

“Kemudahan nuklear Fordow   dibina jauh di bawah kawasan pergunungan di Iran dan dilindungi daripada bom pemusnah serta letupan nuklear. 

“Semua infrastruktur yang diperlukan untuk penembusan nuklear telah disediakan di dalamnya.

“Rejim Iran boleh memindahkan program nuklear amannya kepada program senjata nuklear pada kadar pantas,” demikian menurut video tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI