fbpx

AUG 2022: Selangkah genggam ‘ibu pingat emas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN sayap Malaysia, Muhammad Zulkarnain Mohd. Nasir (kanan) mengasak Souksavanh Xayalin dari Laos pada aksi di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat hari ini.

UBON RATCHATHANI – Kekalahan 1-2 di tangan Laos hari ini tidak menjejaskan peluang skuad bola sepak negara untuk menempah tiket ke pentas final Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022.

Satu gol dalam aksi terakhir liga sepusingan di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat itu membolehkan skuad negara menduduki tangga kedua menerusi kelebihan perbezaan jaringan meskipun sama empat mata dengan Laos.

Ia sekali gus melayakkan Malaysia membuat perhitungan semula dengan juara bertahan yang juga seteru tradisi, Thailand pada final yang akan berlangsung Jumaat ini.

Ketua jurulatih bola sepak AUG, Ridzuan Abu Shah gembira dengan kejayaan barisan pemainnya selepas aksi terpaksa ditunda dalam tempoh yang agak lama kerana hujan lebat di hujung babak pertama.

“Ramai pemain tidak beraksi pada tahap terbaik mereka seperti ketika menentang Thailand sebelum ini (seri 2-2). Mungkin mereka terlalu yakin untuk tewaskan Laos.

“Saya bernasib baik kerana memilih untuk menurunkan ramai pemain utama dalam aksi ini. Jika tidak mungkin keputusan sebaliknya boleh terjadi kepada kami.

“Apapun saya berbangga dengan pemain kerana berjaya melayakkan diri ke final. Saya percaya aksi di final nanti akan jauh lebih baik daripada hari ini,” katanya.

Dalam aksi itu, Laos berjaya membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Akkhom Thoranin sebelum Vanna Bounlovongsa menggandakan kedudukan pada minit ke-57.

Gol tunggal skuad negara pula dalam aksi itu dijaringkan oleh Saiful Iskandar Adna Saiful Azlan pada minit ke-59. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI