fbpx

Ukraine sedia eksport semula bijirin sejak pencerobohan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Volodymyr Zelensky berkata, Ukraine bersedia untuk sekali lagi menghantar bijirin ke seluruh dunia. - Perkhidmatan Akhbar Presiden Ukraine/EPA-EFE

KIEV – Ukraine bersedia mengeksport bijirin buat kali pertama sejak Russia menyerang negara itu pada Februari lalu dan menyekat pelabuhannya di Laut Hitam, lapor United Press International (UPI) semalam.

Pegawai-pegawai yang berada berhampiran kapal sarat muatan bijirin di Odessa berkata, mereka kini hanya menunggu arahan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menjadi perantara bersama Turkiye dalam perjanjian laluan selamat untuk eksport itu.

“Kami berharap menerima kelulusan hari ini daripada PBB untuk mengesahkan laluan-laluan kapal yang kami cadangkan di Laut Hitam.

“Selepas menerima kelulusan, kami bersedia memulakan penghantaran. Kami berharap pada akhir minggu ini, kapal pertama akan meninggalkan pelabuhan Ukraine,” kata Menteri Infrastruktur Ukraine, Oleksandr Kubrakov kepada pemberita.

Bekalan bijirin yang tidak dihantar selama kira-kira lima bulan telah memburukkan lagi krisis makanan di seluruh dunia. Ukraine merupakan pengeksport utama barli, jagung, bunga matahari dan gandum.

Ketua ekonomi Program Makanan Dunia PBB (WFP), Arif Husain berkata, sebanyak 45 negara kini berada dalam ‘kecemasan kelaparan’, selangkah di belakang kebuluran.

“Angka itu tidak berbohong kerana sebelum Covid-19, kami melihat kira-kira 135 juta orang terjerumus ke dalam krisis makanan atau situasi keselamatan makanan paling teruk.

“Hari ini termasuk impak di Ukraine, jumlah itu mencecah 345 juta orang,” kata Arif. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI