fbpx

Penduduk Sarawak gempar objek jatuh dari langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Objek dari langit dikongsikan yang tular dikongsikan penduduk Sarawak.

PETALING JAYA – Penduduk Sarawak gempar kewujudan objek di langit menghasilkan dentuman kuat dan jatuh ke bumi awal pagi tadi.

Video dan gambar objek tersebut tular di media sosial dikongsikan penduduk Sarawak yang menyaksikan kejadian itu.

Pengguna Facebook, Maisarah Marzuki menerusi hantaran memaklumkan, dia merasai gegaran di dalam rumah dan bunyi itu seperti guruh berdentum.

“Nampak cantik tetapi dalam masa sama, menakutkan,” katanya.

Dalam pada itu, Facebook MatGeo pada hantarannya memaklumkan, terdapat laman YouTube yang melaporkan objek itu secara langsung selain meminta penduduk menjauhinya jika terjumpa.

“Terdapat goresan awan panjang dipercayai sisa wap air terbentuk daripada haba panasnya di atas kawasan Kuching atau mungkin sekali ia berkecai di situ.

“Letupan yang kuat didengari apabila jasad logam terbakar menembusi atmosfera basah yang tumpat dan sisa dipercayai jatuh di wilayah antaranya Bekenu, Miri, Brunei, Limbang, Lawas serta Beufort dan bahagian selatan pantai barat Sabah,” katanya.

Semalam, Kosmo! memetik laporan media antarabangsa, pakar-pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa penggalak roket China yang dilepaskan di luar kawalan akan meluncur kembali ke Bumi, lapor portal berita MailOnline.

Saintis-saintis juga mengesahkan serpihan tersebut mungkin jatuh di kawasan berpenduduk di Asia, Afrika atau Amerika Utara.

Serpihan angkasa lepas yang didakwa akan melanggar Bumi itu berasal daripada roket Long March 5B yang dilancarkan pada 24 Julai lalu untuk menghantar modul Wentian ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik China. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI