fbpx

Neymar berdepan hukuman penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR perlu menghadiri perbicaraan kes penipuan melibatkan perpindahan dari Santos ke Barcelona selepas sebuah organisasi di Brazil memfailkan kes berkenaan. – AFP

MADRID – Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dijadualkan berdepan perbicaraan Oktober depan berhubung kes penipuan mengenai perpindahannya ke Barcelona dari Santos hampir 10 tahun lalu.

Selain Neymar, ibu bapanya serta bekas presiden Barcelona, Sandro Rosell dan Josep Maria Bartomeu akan turut diheret ke perbicaraan tersebut atas dakwaan melakukan rasuah.

Perbicaraan itu pastinya memberi kesan kepada Neymar memandangkan ia dijalankan sebulan sebelum saingan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Dakwaan tersebut dibuat oleh sebuah kumpulan dari Brazil yang dikenali sebagai DIS yang pernah memiliki hak komersial ke atas pemain Brazil itu.

Ketika Neymar menyertai Barcelona pada 2013, pasukan itu menyatakan kos perpindahan hanya melibatkan £43 juta (RM232.80 juta), tetapi yuran perpindahan sebenar dianggarkan £71.4 juta (RM386.57 juta).

DIS yang menerima £5.7 juta (RM30.85 juta) hasil urusan perpindahan itu menuduh Barcelona dan Neymar berpakat me­nyembunyikan kos sebenar.

Pihak pendakwaan dikatakan sudah memohon hukuman penjara dua tahun ke atas Neymar, namun bintang PSG itu menegaskan, dia tidak tahu mengenai perkara tersebut kerana diuruskan oleh bapanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI