fbpx

Lembah Klang kecoh sebab blackout

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian gangguan bekalan elektrik Julai tahun lalu menimbulkan sedikit kekecohan di beberapa lokasi termasuk di Lembah Klang.
AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF, WARTAWAN EKSEKUTIF

GANGGUAN bekalan elektrik (blackout) di beberapa kawasan di seluruh negara Rabu lalu te­lah menyebabkan keadaan menjadi sedikit huru-hara.

Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu menyebabkan ramai orang terpaksa bergelap dan berpanas di pejabat mereka. Ada juga terpaksa menempuh ke­sesakan berikutan lampu isyarat tidak berfungsi.

Bagaimana pula situasi di hospital, penjara atau individu yang tersangkut di dalam lif, perkara ini boleh menyebabkan nyawa seseorang berada dalam situasi yang tidak selamat.

Kejadian ini harus diambil iktibar dan dijadikan pengajaran selain pihak yang bertanggungjawab perlu melakukan sesuatu bagi memastikan ia tidak berulang pada masa hadapan.

Bekalan elektrik dan air me­rupakan satu ‘kewajipan’ yang sentiasa diperlukan, ramai yang akan terjejas sekiranya berlaku gangguan walaupun berlaku dalam tempoh yang singkat.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memohon maaf kepada pengguna susulan bekalan elektrik yang dilaporkan terputus di beberapa kawasan di seluruh negara.

Kata TNB, beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia me­ngalami gangguan elektrik sejak pukul 12.39 tengah hari membabitkan 2.2GW yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.

“Antara kawasan terbabit adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota.

“Bagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit ke­cuali di Lembah Klang. Punca kejadian disebabkan kerosakan di Pencawang Masuk Utama Yong Peng North, Johor,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Walaupun blackout berlaku tidak terlalu lama, namun tempoh beberapa jam itu sangat berharga dan penting bagi sesete­ngah individu dan syarikat seperti media.

Sekiranya perkara ini terus berulang, ia akan memberi kesan yang buruk kepada negara dan institusi yang menguruskan bekalan elektrik serta air tersebut.

Seperti yang boleh dilihat sekiranya terdapat gangguan bekalan air, rata-rata orang ramai mengeluh dan ada juga yang mengeluarkan kata-kata kurang enak didengar berikutan kesukaran yang dihadapi mereka.

Ia secara tidak langsung bukan sahaja menyebabkan orang ramai mempersoalkan kualiti dan cara pengurusan yang dilakukan malah menjatuhkan reputasi pihak yang bertanggungjawab dalam hal tersebut.

‘Drama’ ini seringkali berulang pada setiap tahun dan orang ramai mula jemu serta muak de­ngan pengurusan terbabit kerana terpaksa menghadapi situasi sama saban tahun.

Sudahlah rakyat sedang dihimpit dengan pelbagai masalah seperti kenaikan harga bara­ngan dan musibah yang melanda, ditambah pula dengan situasi seperti ini yang boleh diibaratkan sebagai sudah jatuh ditimpa tangga.

Bagaimanapun, perkara ini tidak boleh disalahkan sepenuhnya kepada pihak yang bertanggungjawab menguruskan air atau elektrik, ini kerana terdapat sesetengah situasi ia berlaku di luar jangka dan mereka juga tidak mahu perkara ini berlaku.

Harapan masyarakat hanya mahu perkara ini tidak terus berulang secara kerap selain perlu ada alternatif atau pelan tindakan yang lebih efisien dalam menangani sesuatu masalah.

Bukalah mata dan terima de­ngan hati yang terbuka. Bukan mahu tunding jari, namun sama-sama kita memperbaiki kesilapan yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI