fbpx

Ketua Setiausaha Negara dinobat Tokoh Maal Hijrah Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki menunjukkan replika cek san plak yang diterima setelah dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini

KUALA TERENGGANU – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Terengganu hari ini.

Mohd. Zuki yang merupakan anak jati Kampung Bukit Bayas di sini menganggap anugerah itu satu pengiktirafan dan penghormatan besar terhadap penjawat awam.

“Saya bersyukur kepada Allah dan merakam junjungan tinggi terhadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin atas penganugerahan ini.

“Apa yang penting, kita perlu menghayati tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini iaitu ‘Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Maal Hijrah peringkat Terengganu di sini hari ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan kurnia berupa wang tunai RM20,000, plak, dan sijil penghargaan kepada Mohd. Zuki sebagai Tokoh Maal Hijrah negeri.

Dalam pada itu, Mohd. Zuki menyeru orang ramai termasuk penjawat awam agar menghayati konsep tasamuh atau berlapang dada yang merupakan antara teras Keluarga Malaysia.

Jelas beliau, sikap bertoleransi merupakan kunci perpaduan yang amat mustahak dalam kehiduapan masyarakat majmuk rakyat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI