fbpx
MUHAMAD SHIHAN menunjukkan apam balik yang dihasilkan dan dijual pada harga sekitar RM4 hingga RM5 sekeping.

200 keping apam balik ‘licin’ dalam dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – Seorang peniaga dari Bandar Penawar di sini kini mampu tersenyum apabila berjaya menjual hampir 200 keping apam balik hanya dalam tempoh dua jam selepas makanan tradisi yang dihasilkan itu tular di media sosial sejak bulan lalu.

Muhamad Shihan Sahar, 34, berkata, perniagaannya mula tular selepas isterinya, Nurezaida Yazid, 31, berkongsikan maklum balas pelanggannya di halaman kumpulan di Facebook.

“Kami sudah lama berniaga di sini iaitu sejak dari tahun 2017. Di peringkat awal, kami hanya mampu jual 52 keping atau bersamaan 4 kilogram sehari. Ketika itu, gerai buka pada pukul 12 tengah hari dan paling lewat pukul 6 petang barulah kami dapat habiskan jualan.

“Kami memang sudah ada pe­langgan tetap, mungkin dari segi pemasaran menyebabkan jualan kami kurang laku.

“Bagaimanapun, selepas isteri berkongsi jualan ini di media sosial, ramai pelanggan memberi maklum balas yang baik sehingga menarik minat orang ramai,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Katanya, ekoran sambutan pelanggan yang memberangsangkan, dia terpaksa menggajikan seorang pekerja bagi melancarkan operasi.

Menurutnya, pelanggan bia­sanya datang dari pelbagai kawasan di sekitar Kota Tinggi termasuk dari negeri lain.

“Ada pelanggan yang sudah tunggu pukul 11 lebih pagi untuk dapatkan apam balik di gerai kami.

“Alhamdulillah, jualan kami juga cepat habis. Kami bermula pukul 12 tengah hari dan sekitar pukul 2.30 petang, tepung sudah habis,” katanya.

POPULAR